
Berikut adalah 11 tip yang perlu diketahui oleh pembeli dalam talian untuk menikmati harga Mesti Beli terendah di pasaran, mengumpulkan Lazada Bonus dan baucar Penghantaran Percuma tertinggi serta memenangi pelbagai ganjaran lumayan.
1. Lazzie Hunt: Cari Lazzie, selesaikan misi dan beli-belah sekarang

Menjelang Jualan Sehari Terbesar 11.11 Lazada, kenderaan penghantaran Lazada Logistics akan memaparkan maskot Lazzie dan juga lima kod QR unik.
Setiap kod QR menyediakan akses kepada baucar eksklusif Lazzie Hunt (klik melalui aplikasi) bernilai RM2,000,000 dan ganjaran untuk Jualan 11.11 akan datang.
Di samping itu, tiga kereta Nissan Almera Turbo serba baharu boleh direbut oleh pengguna yang menemui dan mengimbas kelima-lima kod QR.
2. Jaminan Harga Terendah : Mesti beli tawaran Mesti Beli ini
Ditawarkan sekali setahun, Jaminan Harga Terendah dengan pulangan wang 11 kali ganda daripada Lazada kini kembali.
Para pelanggan boleh membeli-belah dengan yakin kerana tawaran Mesti Beli 11.11 pasti lebih murah daripada harga di seluruh pasaran dan disokong dengan Jaminan Harga Terendah Lazada, di mana perbezaan harga 11 kali ganda akan dipulangkan kepada pelanggan jika mereka menemui harga lebih rendah.*
Beberapa tawaran Mesti Beli terbaik semasa Jualan 11.11 yang paling dinanti-nantikan ialah beg tangan Kate Spade New York, alat solek Maybelline, kopi NESCAFE, perabot rumah dan banyak lagi.
Di samping itu, Mesti Beli Electronic Deals sempena Jualan 11.11 akan mengetengahkan tawaran eksklusif bagi pelancaran produk baharu, termasuk Samsung Galaxy M52, Huawei Nova 9, POCO X3 Pro 6 dan banyak lagi.
3. Penghantaran Percuma: Kumpul setiap hari

Pembeli dalam talian yang bijak akan teruja dengan jumlah besar baucar Penghantaran Percuma setiap hari menjelang Jualan 11.11.
Mulai sekarang hingga 11.11, pengguna Lazada boleh mengumpul sehingga sembilan baucar Penghantaran Percuma setiap hari di halaman Penghantaran Percuma dan di seluruh aplikasi untuk memaksimumkan penjimatan.
Setiap hari, rakyat Malaysia boleh mengumpul baucar Penghantaran Percuma berjumlah lebih RM70 dalam diskaun penghantaran harian untuk pembelian kecil dan besar.
4.Bonus Lazada: Paling Banyak Ditawarkan
Acara beli-belah 11.11 tahun ini akan menawarkan Lazada Bonus terbesar sepanjang tahun.
Seperti namanya, Lazada Bonus ialah ciri pada aplikasi Lazada yang menyediakan diskaun tambahan kepada pembeli dalam talian untuk produk terpilih dengan logo Lazada Bonus yang boleh menambahkan penjimatan kepada diskaun dan baucar lain yang sedia ada.
Mulai 6 Nov dan seterusnya, pelanggan boleh mengumpul sehingga RM400 diskaun Lazada Bonus yang memberi ganjaran kepada pelanggan dengan potongan RM10 tambahan ke atas setiap RM100 yang dibelanjakan pada 11 Nov pada 11.11.
5. Chup Dulu: Pembelian awal dengan tawaran lebih hebat

Walaupun dengan semua diskaun hebat dan harga terendah yang ditawarkan semasa Jualan 11.11, pembeli bijak masih boleh lebih berjimat melalui Chup Dulu, iaitu ciri pratempahan dalam aplikasi Lazada.
Pelanggan boleh membuat prapesanan tawaran Lazada yang sangat dicari-cari daripada jenama LazMall yang terkenal dengan tawaran eksklusif daripada Coach, Lancôme, Nespresso, LEGO, HABIB dan banyak lagi dengan meletakkan deposit 10% dari sekarang hingga 10 Nov. Motorsikal juga turut dijual.
Pada 11 Nov dari 2 pagi dan seterusnya, pembeli akan dapat menyemak tawaran Chup Dulu mereka dengan mudah.
6. Crazy Brand Mega Offers: Tawaran tengah malam eksklusif

Pada 11 November dari 12 tengah malam hingga 2 pagi, Jualan 11.11 akan mencapai kemuncaknya, apabila rakan-rakan jenama di LazMall yang dijamin tulen akan melancarkan tawaran eksklusif Crazy Brand Mega Offers untuk tempoh terhad dengan diskaun sehingga 70%.
Peminat produk berjenama boleh menjangkakan tawaran terbaik tahun ini pada harga terendah daripada jenama rasmi kegemaran mereka seperti PUMA, syarikat Estée Lauder, Philips dan banyak lagi semasa Crazy Brand Mega Offers selama dua jam pertama Jualan Lazada 11.11.
7. Lazada Wallet: Tambah nilai awal untuk jaminan pulangan tunai
Pelanggan digalakkan menambah nilai Lazada Wallet masing-masing sebelum jualan bermula untuk memastikan pengalaman pembayaran yang pantas dan lancar sewaktu seluruh rakyat Malaysia berlumba-lumba untuk merebut Crazy Brand Mega Offers pada tengah malam.
Mereka yang menambah nilai sekurang-kurangnya RM50 ke dalam Lazada Wallet juga akan menikmati pulangan tunai dijamin sehingga RM1,111.*
8. Crazy Flash Sale: Tawaran eksklusif masa terhad
Proses pembayaran lancar menerusi Lazada Wallet amat penting untuk pembeli yang ingin membeli produk-produk berharga RM0.01 Crazy Flash Sale yang sangat terhad dan selalunya habis dijual dalam masa beberapa saat.
9. 11.11 Super Show: Penampilan bintang terkenal
Pada malam menjelang Jualan Sehari Terbesar 11.11, Lazada akan menganjurkan Super Show Lazada 11.11 dari 9 malam hingga 11 malam menerusi saluran penstriman langsung dalam aplikasinya, LazLive dan stesen TV, TV3.
Acara ini akan menyiarkan persembahan oleh Duta Kebahagiaan Lazada, bintang-bintang terkenal K-pop SEVENTEEN dan selebriti tempatan popular termasuk Nora Danish, Dayang Nurfaizah, Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Ketua Pegawai Diskaun Lazada sendiri, Ain Edruce.
Baucar eksklusif bernilai lebih RM40,000 akan dihadiahkan sepanjang siaran langsung dan pelanggan boleh mendapatkan penjimatan lebih besar di pesta beli-belah yang bakal diadakan.
10. LazCoins: Main dan terima ganjaran
Lazada’s Shoppertainment akan berjalan lancar semasa Jualan 11.11. Sebagai tambahan kepada 11.11 Super Show yang menampilkan bintang-bintang popular, pengguna Lazada juga boleh menikmati penjimatan besar-besaran dengan bermain permainan dan menyelesaikan misi harian pada apl untuk mengumpul LazCoins bagi mendapatkan ganjaran hebat dan diskaun istimewa.
Mulai 6 Nov dan seterusnya, LazGame yang popular, Lazzie Star, juga akan kembali untuk pemain “naik tahap” untuk menjadi idola super star sambil membuka kunci baucar dan ganjaran eksklusif bagi memaksimumkan penjimatan semasa Jualan Sehari Terbesar Lazada 11.11.
11. #HowLowCanYouGoLazada1111: Cabaran hashtag
Sosialit dan pempengaruh baharu juga boleh menang besar di TikTok dengan menyertai Cabaran Hashtag #HowLowCanYouGoLazada1111.
Dari 26 Okt hingga 5 Nov, rakyat Malaysia berpeluang memenangi baucar bernilai sehingga RM1,111 dengan memilih versi kreatif tarian shuffle mereka sendiri daripada filem promo 11.11 Lazada dalam video tarian TikTok 20 saat gaya bebas dengan hashtag sosial.
Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan Sehari Terbesar Lazada 11.11, layari: https://lzd.co/MegaSale
Untuk maklumat lanjut mengenai Penghantaran Percuma Lazada 11.11, layari: https://lzd.co/LazadaMYFreeShipping
*Tertakluk kepada terma dan syarat.