
Selain mencari tawaran harga terbaik, pengguna juga mula menyemak semula senarai pembelian bulanan mereka, memotong barangan yang dahulunya dibeli tanpa banyak berfikir.
Dengan semua orang mula berjimat, berikut beberapa cara berkesan untuk memaksimumkan nilai setiap ringgit anda dan pada masa sama memastikan keperluan harian keluarga tetap terjaga.
1. Bezakan antara kehendak dan keperluan
Buat pilihan dengan mengutamakan pembelian barangan penting berbanding ‘kehendak’ atau pembelian tidak dirancang. Ini membantu anda membeli barangan berkualiti dan lebih nilai yang benar-benar diperlukan.
Anda boleh lakukan dengan mewujudkan bajet terperinci yang memantau pendapatan serta perbelanjaan. Ini penting untuk mengetahui bagaimana pendapatan anda digunakan bagi mengenal pasti perbelanjaan yang boleh dikurangkan.
Kategorikan perbelanjaan anda kepada ‘keperluan’ seperti pinjaman perumahan, makanan, utiliti dan pengangkutan serta ‘kehendak’ seperti makan di luar dan menonton wayang. Ia membantu anda merancang bajet lebih realistik.
2. Kurangkan perbelanjaan tak dijangka dan rebut promosi serta diskaun
Selepas ‘kehendak’ dan ‘keperluan’ dikenal pasti, pelarasan boleh dibuat dengan mengurangkan perbelanjaan tidak penting. Contohnya, lebih kerap memasak di rumah atau membatalkan langganan perkhidmatan tidak perlu.
Ikuti promosi dan diskaun semasa untuk barangan dalam senarai ‘keperluan’ anda, dan pada masa sama aktif mencari jualan istimewa dan tawaran terbaik untuk barangan dalam senarai ‘kehendak’.
Ini untuk anda, Lotus’s Malaysia kini kembali dengan kempen ‘Harga Hangat’ yang berlangsung dari 19 Jun hingga 30 Julai 2025.
Kempen ini menawarkan diskaun hingga 30% untuk lebih 360 barangan keperluan seperti makanan asas, barangan rumah, makanan sejuk dan beku serta barangan bukan makanan.
Tawaran seperti ini membantu pembeli seperti anda merancang pembelian: beli secara pukal, buat simpanan dan mengurangkan pembelian saat akhir yang selalunya membuatkan anda berbelanja lebih.
3. Sokong jenama dan produk tempatan berkualiti dengan harga berpatutan
Anda mungkin lebih mengenali jenama import tetapi kadangkala produk jenama sendiri pasar raya (house brand) ditawarkan pada harga diskaun dengan kualiti dijamin pada harga lebih murah.
Menyokong produk tempatan juga membantu merangsang ekonomi negara dan pada masa sama menjimatkan perbelanjaan anda.
Kempen ‘Harga Hangat’ 2025 merangkumi hingga 90 produk jenama Lotus’s sendiri, yang menawarkan pelbagai barangan berkualiti pada harga mampu milik.

Ini termasuk produk penjagaan bayi Cute&Care, minuman 3 dalam 1, makanan dalam tin, susu UHT, pasta, snek, biskut serta makanan sejuk beku seperti burger, piza dan pastri.
Tip pintar: Cari tag merah ‘Harga Hangat’ di pasar raya dan juga di platform dalam talian Lotus’s Shop supaya anda dapat gandakan penjimatan.
4. Manfaatkan program kesetiaan pelanggan
Ini antara langkah penting yang perlu pembeli langgan untuk penjimatan lebih.
Walaupun manfaatnya kelihatan kecil, sebahagian pasar raya seperti Lotus’s menawarkan ganjaran jangka panjang yang boleh dikumpul untuk pelanggan bawah program kesetiaan pelanggan My Lotus’s.
Selain kempen ini, Lotus’s menawarkan penjimatan berterusan di mana pelanggan boleh memanfaatkan promosi berterusan dalam kedai dan tawaran eksklusif ahli My Lotus’s iaitu diskaun sehingga 50% hingga hujung 2025.
Ahli juga berpeluang menikmati lebih banyak ganjaran, termasuk pada ‘Hari Ahli’ setiap Rabu minggu kedua setiap bulan hingga hujung 2025, supaya anda boleh lebih berjimat berbanding sebelum ini.
Ingat, pembeli yang bijak bukanlah mereka yang berbelanja paling sedikit, tetapi mereka yang membuat pembelian paling berbaloi.
Pantau perbelanjaan anda, sesuaikan bajet, rebut promosi dan program kesetiaan, serta sokong jenama dan produk tempatan.
Jangan lupa langgan program kesetiaan pelanggan untuk memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan berbaloi tanpa mengorbankan keperluan anda.
Ia bukan mengenai beli kurang daripada apa yang anda perlukan, tetapi ia tentang membuat pilihan bijak supaya dapat memaksimumkan pendapatan bulanan.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti semasa, layari laman web rasmi atau saluran media sosial Lotus’s Malaysia.