
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli, suspek berusia 33 tahun itu ditahan pada 6.30 petang, semalam.
Katanya, polis akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Klang, hari ini.
Terdahulu, Bernama melaporkan, dalam kejadian awal pagi itu, Ah Long berusia 47 tahun itu dikatakan hendak membuka pintu kereta selepas selesai makan bersama dua anaknya yang berumur 10 dan 18 tahun.
Dia kemudian didatangi tiga lelaki, dan dua daripadanya bersenjatakan parang terus menyerangnya.
Kata Shamsul, ketiga-tiga suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang menunggu mereka di tepi jalan menghala keluar ke arah Persiaran Batu Nilam, Klang.