3 kluster baharu Covid-19

3 kluster baharu Covid-19

Masing-masing satu daripada kluster tempat kerja, pendidikan tinggi dan komuniti.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tiga kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan, beliau berkata, kluster berkenaan masing-masing satu membabitkan tempat kerja, pendidikan tinggi dan komuniti.

Kluster dikesan di Kedah, Kuala Lumpur dan Johor.

Perincian tiga kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut.

  • Kluster Dah 3/5 Industri Sungai Petani 2 (Kuala Muda) 54 kes
  • Kluster Jalan Yahya 4 Pendidikan Tinggi (Titiwangsa) 9 kes
  • Kluster Muhibbah Sungai Papan (Kota Tinggi) 17 kes

Hisham berkata, sebanyak 5,796 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 355 daripadanya kluster aktif dan 5,441 kluster lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.