
Dalam kenyataan, beliau berkata empat daripada kluster tempat kerja dan satu daripada kluster komuniti.
Kluster dikesan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pahang dan Negeri Sembilan.
Perincian 5 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:
- Kluster Tapak Bina Jalan Rumbia (Kuala Selangor) dengan 12 kes
- Kluster Persiaran Alam 2 (Cheras) dengan 11 kes
- Kluster Industri Jalan Teluk Buloh (Batu Pahat) dengan 13 kes
- Kluster Sawit Bukit Puteri (Lipis) dengan 18 kes
- Kluster Tekir (Seremban) dengan 19 kes
Hisham berkata, sebanyak 5,793 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 367 daripadanya kluster aktif dan 5,426 kluster lagi sudah tamat.
Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan Ladang Sime Darby Bukit Puteri, Mukim Batu Yon 1, Lipis, Pahang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 6 Nov hingga 19 Nov ini.
Dalam kenyataan, Ketua Pengarah MKN Rodzi Md Saad berkata, tiada lanjutan atau penamatan PKPD di mana-mana lokaliti hari ini.