
Peguam Nurainie Haziqah Shafi’i, yang mewakili ibunya berusia 21 tahun memberitahu, Majistret Norfarahain Roslan membuat perintah itu hari ini ketika pendengaran permohonan hak penjagaan oleh Siti Bainun.
“Wanita itu mendapat hak penjagaan yang dikeluarkan hari ini tetapi dia tertakluk kepada pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama dua tahun,” katanya.
Nurainie menambah, JKM akan membuat pemantauan setiap masa terhadap dua kanak-kanak lelaki dan ibunya sepanjang tempoh dua tahun.
Minggu lalu, mahkamah sama membenarkan hak penjagaan anak angkat Siti Bainun diserahkan kepada JKM selama tiga tahun, sementara menunggu proses perbicaraan kes penderaan anaknya di Mahkamah Sesyen.
Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen pada 20 Aug lalu kerana didakwa mengabaikan Bella, seorang gadis berusia 13 tahun yang mengalami sindrom down.
Sementara itu, peguam bersama Muhammad Hafiz Hood berkata, perbicaraan diteruskan pada 16 Nov, bagi permohonan Siti Bainun terhadap hak penjagaan penuh tiga anak angkatnya yang lain.
JKM sebelum ini menjaga lima anak angkat Siti Bainun pada 16 Julai lalu, selepas dia ditahan polis berhubung kes penderaan Bella. Dia kemudian memfailkan hak penjagaan itu.
Bella ditemui dengan kesan melecur di dada, tangan, leher dan pahanya pada 6 Julai lalu selepas dipercayai menjadi mangsa penderaan di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju, yang dijadikan rumah kebajikan.
Rumah Bonda juga didapati beroperasi secara haram sejak 2019 dan tidak berdaftar dengan JKM.