
Bagaimanapun, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri II Jonathan Yasin berkata, jumlah itu tidak termasuk sembilan kes membabitkan bayi kepada banduan wanita.
“Selain itu, jumlah semasa banduan yang disahkan positif Covid-19 pada 13 Okt 2021 menurun kepada 60 orang atau 0.001%.
“Sehingga 30 Okt, seramai 237,660 banduan telah menjalani saringan Covid-19,” katanya di Dewan Rakyat ketika menjawab pertanyaan Gobind Singh Deo (PH-Puchong) mengenai jumlah kes dan kematian akibat Covid-19 dalam penjara.
Jonathan turut memaklumkan, daripada keseluruhan kes positif, seramai 599 banduan atau 1.3% dikategorikan sebagai kes aktif, manakala 45,848 banduan atau 98.5% sudah pulih.