
Azalina Othman Said (BN-Pengerang) berkata, ketika zaman kanak-kanaknya, ramai suka makan “hot dog” di restoran A&W dan bagaimana beliau mahu menghalang orang ramai daripada makan makanan itu.
“Timbalan menteri, isu saya dengar memang ada kena mengena sebab daripada dulu kecil-kecil kita makan A&W ada ‘hot dog’ dan ada ‘coney dog’.
“Jadi macam mana anak saya suka makan ‘hot dog’, takkan saya nak kata tak boleh makan ‘anjing panas’.
“Saya rasa ini yang pentinglah, kita kena didik masyarakat kita fikirkan secara logik,” katanya di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid, berkata, beliau bersetuju dengan pandangan Azalina.
“Setuju dengan Pengerang. Sebenarnya tak nak isu ini jadi ‘precedent’ (duluan). Tidak akan ada kesudahan,” katanya.