(Video) Dewan kecoh Aziz dakwa gajah faham Tamil, Rayer diusir

(Video) Dewan kecoh Aziz dakwa gajah faham Tamil, Rayer diusir

Susulan itu, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyifatkan tindakan Ahli Parlimen BN itu biadap, tidak masuk akal dan menghina bahasa Tamil.

KUALA LUMPUR:
Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun hari ini mengarahkan RSN Rayer (PH-Jelutong) keluar dewan selama 10 minit susulan pertikaikannya dengan Abdul Azeez Abdul Rahim (Umno-Baling) berhubung dakwaan menghina bahasa Tamil.

Azhar mengarahkan Rayer keluar dewan selepas ahli Parlimen DAP itu tidak mengendahkan arahannya tidak mengganggu Azeez berbahas.

“Saya arah bentara bawa keluar Jelutong 10 minit,” katanya di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Rayer mencelah ketika Azeez berbahas kerana mendakwa Ahli Parlimen Umno itu menghina bahasa Tamil.

Rayer berkata, tindakan Azeez berkongsi pengalamannya bercakap Tamil dengan gajah adalah perbuatan biadap, tidak masuk akal dan menghina bahasa Tamil.

“Kamu benarkan beliau hina bahasa Tamil. Ini bukan perkara remeh. Jangan benarkan hina bahasa Tamil.

“Ini sungguh tak logik. Ini kenyataan biadap dan kurang ajar,” katanya.

Bagaimanapun, Azhar menolak tindakan Azeez itu menghina bahasa Tamil.

Azhar berpandangan Azeez hanya berkongsi pengalamannya dan tidak ada isu menghina bahasa Tamil.

Sebelum itu, Azeez telah bercakap dalam bahasa Tamil di Dewan Rakyat apabila bercerita pengalamannya bercakap dengan gajah dengan bahasa Tamil.

“Gajah ini sungguh istimewa. Pertama gajah ini faham bahasa Tamil, Siam dan Myanmar. Ini kemungkinan gajah ini masa zaman dulu,” katanya.

Azeez ketika mempertahankan dirinya berkata beliau tidak menghina bahasa Tamil, sebaliknya hanya berkongsi pengalamannya bercakap dengan gajah menggunakan bahasa itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.