
Perintah reman terhadap tiga individu itu termasuk wanita berusia antara 40 dan 57 tahun dibenarkan oleh majistret Mohamed Redza Azhar Rezali selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Shah Alam.
Selain lelaki yang bertugas sebagai eksekutif GLC, dua lagi yang direman adalah pemilik syarikat swasta disyaki terlibat dalam projek berkenaan.
Menurut sumber Bernama, eksekutif syarikat GLC terbabit telah menggunakan kedudukannya sebagai ketua projek untuk mengesyorkan dan melantik proksinya sebagai pengurus projek di syarikat swasta itu bagi menguruskan projek berkenaan bagi pihaknya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.