
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi itu dengan tindakan lelaki tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya sehingga kira-kira 3km.
Seorang pengguna jalan raya berkenaan, Khaidir Ahmad, 59, ketika ditanya pemberita memaklumkan dia sedang menghala ke Batu 4 di sini atas urusan kerja, sebaik tiba di tempat kejadian, dia terkejut apabila melihat deretan kenderaan yang berhenti.
“Lelaki yang tidak berpakaian itu dilihat mengacukan parang kepada kenderaan yang lalu-lalang namun saya memberanikan diri dan redah sahaja melaluinya, namun ada juga yang berpatah balik, syukur tidak berlaku apa-apa,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Mohd Azhar Mohd Yusof mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, lelaki berusia 30-an terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Ujarnya, kejadian berkenaan tidak menyebabkan kecederaan kepada orang awam dan siasatan lanjut sedang dilakukan terhadap kejadian itu termasuk sekiranya suspek mempunyai masalah mental.
“Setakat ini tiada individu yang tampil membuat laporan polis dan siasatan sedang dijalankan termasuk melakukan ujian urin terhadap suspek,” katanya.