
Dalam kenyataannya, Ketua Komunikasi Korporatnya, Elina Baseri, berkata kawasan yang sebelum ini terjejas meliputi Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
Katanya, bekalan asas itu terjejas susulan penyenggaraan aset utama di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), 13 Oktober lalu, kini pulih sepenuhnya, bermula jam 6 petang, hari ini.
“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.
“Pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman web www.airselangor.com,” katanya.
Beliau berkata, sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.