SPR bincang tarikh PRN Melaka Isnin ini

SPR bincang tarikh PRN Melaka Isnin ini

Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh akan mempengerusikan mesyuarat khas itu di sebuah hotel di Melaka.

SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin ini untuk membincangkan tarikh penting PRN Melaka, termasuk hari penamaan calon dan hari pengundian.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membincangkan tarikh penting pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada Isnin ini.

Setiausahanya, Ikmalrudin Ishak berkata, Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh akan mempengerusikan mesyuarat terbabit di sebuah hotel di Melaka dan mengumumkan keputusannya selepas itu.

“Mesyuarat itu akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Melaka seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan 5 Okt lalu selepas empat ADUN Melaka, termasuk bekas Ketua Menteri, Idris Haron menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali yang menyebabkan kerajaan negeri pimpinannya hilang sokongan majoriti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.