Lagi laporan diterima SPRM berkait projek tambak laut Melaka

Lagi laporan diterima SPRM berkait projek tambak laut Melaka

SPRM berkata laporan terbaharu itu akan dikepilkan bersama kertas siasatan sebelum ini.

SPRM berkata, ia akan menjalankan siasatan menyeluruh yang meliputi semua aspek dibangkitkan dalam laporan dibuat Lokman Noor Adam hari ini berhubung projek penambakan laut di Melaka. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima satu laporan yang dibuat Presiden Laskar Siber Malaysia, Lokman Noor Adam berhubung projek penambakan laut di Melaka.

Agensi antirasuah itu berkata, laporan itu dibuat Lokman di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Katanya, aduan itu akan dikepilkan dalam kertas siasatan yang sudah dibuka sebelum ini.

“SPRM akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes ini, meliputi semua aspek dibangkitkan dalam aduan tersebut,” katanya.

Pada 8 Okt lalu, Bernama melaporkan SPRM Melaka menemui seorang ahli politik dari negeri itu bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan pembolotan projek ekonomi dan penipuan terhadap kerajaan persekutuan berkaitan royalti pasir di Melaka.

Pengarahnya, Mohd Shahril Che Saad dilaporkan berkata, perjumpaan membabitkan bekas Ketua Menteri Melaka itu bersama tiga pegawai SPRM berlangsung kira-kira dua jam di sebuah lokasi di negeri itu.

Ahli politik itu dilaporkan mendakwa terdapat pemimpin Umno di Melaka membolot projek ekonomi dan menipu Putrajaya berkaitan royalti pasir.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.