Pelakon, pengarah antara 3 ditahan disyaki terlibat dadah

Pelakon, pengarah antara 3 ditahan disyaki terlibat dadah

Polis berkata pemeriksaan di tiga bilik di rumah diserbu semalam menemui dadah jenis ganja dan syabu dianggarkan bernilai RM270.

Menurut polis, ketiga-tiga lelaki terbabit direman dua hari mulai semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 (2), Seksyen 6 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang pelakon lelaki berusia 28 tahun kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Omar Bakhtiar Yaacob, pelakon terbabit antara tiga ditahan termasuk seorang pengarah drama dan filem serta seorang penolongnya, masing-masing berusia 49 dan 47 tahun.

“Ketiga-tiga mereka ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar dengan dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar yang bertindak atas maklumat pada 7.15 pagi,” katanya, menurut laporan Bernama.

Pemeriksaan di tiga bilik di rumah tersebut menemui dadah jenis ganja dan syabu dianggarkan bernilai RM270, katanya.

Omar berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati semua mereka positif dadah manakala seorang daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Katanya ketiga-tiga lelaki itu direman dua hari mulai semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 (2), Seksyen 6 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.