Permohonan ke sekolah khusus untuk Tingkatan 1 dan 4 dibuka Ahad, kata KPM

Permohonan ke sekolah khusus untuk Tingkatan 1 dan 4 dibuka Ahad, kata KPM

Permohonan ke tingkatan satu boleh diakses melalui pautan spskt1.moe.gov.my manakala permohonan ke tingkatan empat melalui pautan spskt4.moe.gov.my.

Permohonan secara dalam talian melibatkan Tingkatan 1 dan 4 bagi Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama; Tingkatan 4 bagi Sekolah Menengah Teknik dan Maktab Tentera Diraja serta Tahun 1 untuk Kolej Vokasional.
KUALA LUMPUR:
Permohonan kemasukan ke sekolah khusus untuk Tingkatan 1 dan 4 bagi sesi 2022 boleh dibuat bermula Ahad ini sehingga 15 Nov depan, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Menurut kenyataan kementerian itu, permohonan ke Tingkatan 1 boleh diakses melalui pautan spskt1.moe.gov.my manakala permohonan ke tingkatan empat melalui pautan spskt4.moe.gov.my.

Permohonan secara dalam talian itu melibatkan Tingkatan 1 dan 4 bagi Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama; Tingkatan 4 bagi Sekolah Menengah Teknik dan Maktab Tentera Diraja serta Tahun 1 untuk Kolej Vokasional.

“KPM telah memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi tujuan pemilihan murid untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sekolah khusus mulai 2021.

“Semua pemohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran secara dalam talian bermula 1 Dis ini,” menurut kenyataan itu hari ini.

Pentaksiran bagi Tingkatan 1 akan bermula 17 Jan hingga 27 Jan tahun depan manakala bagi Tingkatan 4 bermula 7 Feb hingga 17 Feb 2022.

Komponen yang akan ditaksir ialah kecerdasan insaniah (20%), kecerdasan intelektual (70%) dan artikulasi penulisan (10%)

Syarat permohonan kemasukan ke sekolah khusus adalah warganegara Malaysia; berdaftar dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid Kementerian Pendidikan; murid Tahun 6 2021, iaitu berumur 12 tahun atau lahir pada 2 Jan 2009 hingga 1 Jan 2010.

Bagi permohonan ke Tingkatan 4, pemohon merupakan murid Tingkatan 3 tahun ini, iaitu berumur 15 tahun atau lahir pada 2 Jan 2006 hingga 1 Jan 2007.

Keputusan pemilihan murid akan diumumkan pada 15 Mac 2022.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.