Maszlee terkejut kerja baik pulih sekolah daif belum mula

Maszlee terkejut kerja baik pulih sekolah daif belum mula

Bekas Menteri Pendidikan itu berkata, 104 projek membaik pulih sekolah untuk 2021 belum dimulakan dan tiada satu pun yang disiapkan setakat 5 Okt lalu.

Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, kerja membaik pulih sekolah daif kebanyakannya di Sabah dan Sarawak perlu dimulakan secepat mungkin. (Gambar Sarawak)
PETALING JAYA:
Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik terkejut dengan jumlah sekolah daif yang menunggu dibaik pulih di bawah Projek Daif.

Beliau menerusi Twitter hari ini berkata, 104 projek membaik pulih sekolah untuk tahun 2021 belum dimulakan dan tiada satu pun yang disiapkan setakat 5 Okt lalu.

Semalam, beliau memberitahu Parlimen yang beliau tidak dapat mengakses portal Projek Daif kerana ia menunjukkan “error 404”, menandakan terdapat masalah dengan sistem pelayannya (server).

Menurut portal itu, projek membaik pulih sekolah diabaikan termasuk 59 sekolah di Sarawak, 30 di Sabah, lima di Kedah, masing-masing dua di Perak dan Terengganu, serta masing-masing satu di Labuan, Johor serta Selangor.

Maszlee meminta Menteri Pendidikan, Radzi Jidin mendedahkan kemajuan projek itu.

Semalam, Radzi memberitahu Parlimen bahawa keputusan memasukkan sekolah dalam senarai itu dibuat berdasarkan lokasi sekolah, skop kerja terbabit dan kos.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.