7 daripada 22 kelulusan cabutan nombor ekor tahun ini batal, kata timbalan menteri

7 daripada 22 kelulusan cabutan nombor ekor tahun ini batal, kata timbalan menteri

Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah berkata daripada 22 yang diluluskan hanya lapan dilaksanakan dan baki tujuh lagi akan diumumkan kerajaan status kebenarannya.

Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah berkata, kerajaan tidak bergantung kepada cabutan nombor ramalan sebagai hasil negara kerana sumber kewangan datang daripada tiga kelompok utama, iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai dan perkara tidak melibatkan cukai.
KUALA LUMPUR:
Hanya lapan daripada 22 cabutan khas nombor ramalan yang diluluskan kerajaan dilaksanakan tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah memaklumkan perkara itu dan menjelaskan tujuh daripadanya dibatalkan untuk dilaksanakan.

“Untuk maklumat YB walaupun 22 kali cabutan diluluskan tahun ini, tidak semua dilaksanakan. Setakat hari ini hanya lapan sahaja dilaksanakan, tujuh terpaksa dibatalkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12)di Dewan Rakyat.

Shahar berkata, status baki tujuh lagi cabutan akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat sama ada diteruskan atau sebaliknya.

“Baki (jumlah cabutan) akan kita nyatakan dalam tempoh terdekat. Saya harap YB dapat bersabar. Dalam masa terdekat kita akan beri satu kenyataan berkaitan perkara itu.

“Kerajaan akan mengambil maklum dan meneliti setiap cadangan dikemukakan YB (berhubung cabutan khas nombor ramalan) dan dalam masa terdekat kerajaan akan mengumumkan,” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan mengatakan kerajaan bergantung kepada cabutan khas nombor ramalan sebagai hasil negara.

“(Ada) Banyak lagi hasil negara kerana hasil negara ada tiga kelompok besar, iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai dan perkara tak melibatkan cukai,” katanya.

Shahar berkata demikian mengulas desakan wakil kerajaan dan pembangkang supaya Putrajaya menyemak semula keputusan meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan menjadi 22 kali sepanjang tahun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.