Lebih 100,000 remaja lengkap divaksin

Lebih 100,000 remaja lengkap divaksin

Sebanyak 101,580 jumlah dos harian diberikan membabitkan remaja daripada jumlah keseluruhan 206,574 dos di seluruh negara.

Sebanyak 3.5% daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun selesai divaksinasi setakat semalam, menurut data dikeluarkan CovidNow. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seramai 108,826 atau 3.5% daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun selesai divaksinasi setakat tengah malam tadi, menurut data dikeluarkan CovidNow.

Sebanyak 101,580 jumlah dos vaksin harian diberikan membabitkan remaja daripada jumlah keseluruhan 206,574 dos di seluruh negara.

Sementara itu, 20,621,994 individu atau 87.6% selesai mendapatkan dos lengkap suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, manakala 94.3% atau 23,833,382 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Daripada 206,574 dos diberikan semalam, 96,024 melibatkan dos pertama manakala 110,550 dos kedua, menjadikan jumlah pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 44,352,079 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.