Dakwaan Klang bandar paling tidak selamat, tidak benar dan mengelirukan, kata KP Selangor

Dakwaan Klang bandar paling tidak selamat, tidak benar dan mengelirukan, kata KP Selangor

Arjunaidi Mohamed berkata maklumat yang terkandung dalam artikel yang diterbitkan oleh ‘Numbeo’ berkaitan indeks jenayah dan indeks keselamatan itu tidak dapat dipastikan kesahihan dan sumbernya.

Arjunaidi Mohamed berkata, kajian secara kualitatif dan kuantitatif serta bilangan responden juga tidak menggambarkan atau mewakili keseluruhan masyarakat di daerah Klang. (Gambar Facebook)
SHAH ALAM:
Maklumat oleh satu artikel yang disiarkan di sebuah laman web mendakwa Klang sebagai bandar paling tidak selamat dan memiliki kadar keselamatan paling rendah di Asia Tenggara, adalah mengelirukan dan tidak benar sama sekali, kata Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata maklumat yang terkandung dalam artikel yang diterbitkan oleh ‘Numbeo’ berkaitan indeks jenayah (crime index) dan indeks keselamatan (safety index) itu tidak dapat dipastikan kesahihan dan sumbernya.

“Kaedah kajian secara kualitatif dan kuantitatif serta bilangan responden juga tidak menggambarkan atau mewakili keseluruhan masyarakat di daerah Klang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan agar tidak gusar atau bimbang dengan laporan yang dikeluarkan oleh laman web berkenaan kerana ia tidak menggambarkan statistik dan fakta sebenar jenayah di daerah Klang,” tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.