
Dalam hantaran di akaun Twitter rasmi beliau hari ini, Menterinya Khairy Jamaluddin berkata 86% golongan dewasa telah menerima suntikan vaksin lengkap setakat semalam.
“Dengan lebih banyak mobiliti akan berlaku lebih banyak perhimpunan.
“Kita perlu bertanggungjawab atas perbuatan sendiri. Jika mengalami gejala, lakukan ujian kendiri. Jika positif, terus asingkan diri,” katanya.
Baru-baru ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata perjalanan merentas negeri akan dibenarkan apabila 90% populasi dewasa negara ini telah divaksin lengkap, berdasarkan data dan analisis Kementerian Kesihatan.
Menurut portal CovidNow, 20,317,843 orang atau 86.8% dewasa telah lengkap disuntik vaksin setakat semalam.