
Ketua Polis Daerah Sandakan Mohd Azhar Hamin, berkata mayat lelaki berumur 35 tahun itu ditemui oleh orang awam pada kira-kira 6.30 pagi.
“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mengesyaki mangsa maut akibat terkena renjatan elektrik, berdasarkan keadaan kabel elektrik yang masih melekat pada tubuhnya ketika mayat ditemukan.
“Polis juga percaya mangsa terlibat dengan jenayah curi kabel disebabkan penemuan kesan kabel elektrik yang dipotong serta peralatan mencuri kabel seperti pemotong wayar, pemutar skru dan pisau ditemukan tidak jauh dari mayat mangsa,” katanya dalam kenyataan.
Mohd Azhar berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent, di sini, untuk bedah siasat.