PAC perlu siasat kos pembaikan tinggi di Seri Perdana, desak Ahli Parlimen pembangkang

PAC perlu siasat kos pembaikan tinggi di Seri Perdana, desak Ahli Parlimen pembangkang

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata, siasatan itu bagi memastikan dana yang begitu besar itu diperincikan setiap penggunaannya supaya tiada ketirisan berlaku.

Siasatan PAC bertujuan memastikan dana yang begitu besar diperincikan setiap butiran penggunaannya agar tiada ketirisan berlaku, kata Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng.
KUALA LUMPUR:
Perbelanjaan besar sebanyak RM38.5 juta bagi projek menaik taraf Kompleks Seri Perdana memerlukan perincian dibuat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), termasuk dakwaan pemasangan tandas automatik, kata Lim Lip Eng (PH- Kepong).

Katanya, siasatan itu bagi memastikan dana yang begitu besar diperincikan setiap penggunaannya agar tiada ketirisan berlaku.

“Saya mencadangkan supaya merujuk isu kos RM38.5 juta untuk naik taraf Kompleks Seri Perdana kepada PAC.

“Saya minta siasat apa perlu dibuat ubah suai sekarang di Kompleks Seri Perdana. Adakah ada bumbung bocor, dinding retak, siapa kontraktor, adakah tender terbuka dijalankan, kenapa kos tinggi, apakah jenama lampu yang dibeli, adakah tandas automatik dipasang?” katanya di Dewan Rakyat.

Lim Eng berkata demikian selepas mencelah ketika June Leow (PH-Hulu Selangor) membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abdul Latiff Ahmad berkata, projek menaik taraf Kompleks Seri Perdana dengan kos RM38.5 juta diluluskan dan dilaksanakan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin,

Katanya, projek itu diluluskan 19 Mac lalu dan mula dilaksanakan 10 hari kemudian.

Beliau berkata, projek itu perlu dilaksanakan berikutan usia Kompleks Seri Perdana kini mencecah 22 tahun dan mengalami banyak kerosakan.

Sebelum ini, dilaporkan kerja mengubah suai dan menaik taraf sebanyak RM30 juta diperlukan untuk menjamin keselamatan serta menjaga imej negara dalam menyambut tetamu utama negara semasa program rasmi Perdana Menteri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.