Bertenang, KKM sedang perhalusi dakwaan kesan sampingan vaksin terhadap remaja, kata timbalan menteri

Bertenang, KKM sedang perhalusi dakwaan kesan sampingan vaksin terhadap remaja, kata timbalan menteri

Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali berkata maklum balas berkenaan perkara itu akan diberikan dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali berkata, KKM memandang serius dakwaan satu video tular bahawa berlaku kematian membabitkan remaja selepas menerima vaksin Covid-19.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan sedang mendapatkan data terperinci mengenai dakwaan kesan sampingan pemberian vaksin Covid-19 kepada golongan remaja.

Dalam catatan di Twitter, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pihak kementerian akan memberi maklum balas berkenaan perkara itu dalam tempoh terdekat.

“Pihak KKM memandang serius perkara ini dan sedang mendapatkan fakta terperinci bagi setiap isu yang dibangkitkan dalam video tersebut.

“Semua pihak diminta bertenang dan tidak menimbulkan kebimbangan awam sementara KKM meneliti perkara tersebut,” katanya yang juga bertindak sebagai penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja.

Sebelum ini tular satu video berdurasi 1.40 minit di media sosial memaparkan seorang wanita mendedahkan berlaku kes kematian membabitkan remaja sekolah di beberapa negeri selepas menerima vaksin Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.