
Utusan Borneo melaporkan Masing disahkan positif Covid-19 hari ini, selepas mengalami simptom sebelum menjalani ujian saringan RT-PCR.
Pejabat Masing dalam kenyataan memaklumkan beliau yang sudah lengkap dua dos vaksin, bergejala ringan dan keadaannya stabil.
Sementara itu, portal Sarawak, Dayakdaily melaporkan Presiden Parti Rakyat Bersatu (PRS) itu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi HUS.
“Ya, saya positif Covid-19. Doktor tidak mahu mengambil apa jua risiko, jadi mereka meletakkan saya di ICU di HUS.
“Saya rasa baik,” katanya dipetik portal itu.
Masing kehilangan adik lelakinya, Jantai, 68, akibat Covid-19 pada 31 Mei lalu.