MB Perlis sakit dada, dirawat di ibu negara

MB Perlis sakit dada, dirawat di ibu negara

Shukri Ramli dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit dada sebaik kembali dari luar negara.

shukri ramli
Pejabat menteri besar memaklumkan Shukri Ramli sedang dirawat di sebuah hospital di ibu negara.
KANGAR:
Menteri Besar Perlis, Shukri Ramli, kini menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara selepas mengalami sakit dada sebaik kembali daripada urusan luar negara.

Pejabat menteri besar memaklumkan beliau dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut selepas mengadu sakit dada.

“Setakat ini, keadaan beliau stabil dan mohon semua rakyat Perlis mendoakan agar beliau sihat sejahtera dan dilindungi Allah daripada sebarang musibah,” menurut kenyataan di Facebook.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.