
PETALING JAYA: Sebanyak 18 isu telah dibincangkan Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman antara kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH) yang pertama kali diadakan, hari ini.
Butirannya tidak didedahkan, namun Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa pemandu itu membincangkan sejumlah besar daripada 18 isu terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) berkenaan.
“Mesyuarat berikut insya-Allah dalam dua minggu,” katanya.
Pihak kerajaan sebelum ini menyuarakan keinginan melakukan beberapa pembaharuan termasuk undang-undang antilompat parti, suntikan tambahan RM45 bilion dalam dana Covid-19, serta mempercepatkan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik.
MoU politik itu yang dilaksanakan “demi kestabilan politik dan transformasi,” merangkumi enam perkara.