
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.03 petang.
“Sembilan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan dikejarkan ke lokasi.
“Bayi itu dilahirkan tanpa sengaja oleh ibunya yang berusia 37 tahun semasa hendak membuang air besar,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, bayi malang itu berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat dengan memecahkan mangkuk tandas itu.
Katanya, bagaimanapun bayi berkenaan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.
Difahamkan, ibu mangsa yang kini dirawat di Hospital Tanjung Karang dilaporkan stabil.