Institusi pendidikan di Johor dibuka semula 10 Okt

Institusi pendidikan di Johor dibuka semula 10 Okt

Sekolah di Pahang akan beralih ke peraturan Fasa 3 PPN mulai 11 Okt, manakala institusi pendidikan di Negeri Sembilan beralih ke ketetapan Fasa 4 mulai 18 Okt.

Sekolah akan beroperasi di bawah peraturan sedia ada dengan kepentingan diberikan kepada pematuhan SOP. 
PETALING JAYA:
Kementerian Pendidikan mengumumkan institusi pendidikan di Johor akan dibuka semula 10 Okt ini, dua minggu selepas ia beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kementerian itu dalam kenyataan berkata, institusi pendidikan di Pahang akan dibuka semula pada 4 Okt.

Memandangkan negeri itu akan beralih ke Fasa 3 hari ini, maka institusi pendidikan akan beroperasi berdasarkan ketetapan di bawah peraturan terbabit mulai 11 Okt.

Institusi pendidikan di Negeri Sembilan pula akan dibuka semula 4 Okt ini dan dan operasinya berdasarkan Fasa 4 PPN hanya akan bermula 18 Okt nanti.

Susulan pengumuman pulau Langkawi sebagai destinasi gelembung pelancongan, Kementerian Pendidikan berkata, operasi institusi pendidikan di pulau itu yang akan bermula 3 Okt, adalah mengikut ketetapan Fasa 4 PPN.

Katanya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kebenaran kepada pelajar Tingkatan 6 semester dua dan kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level) di negeri Fasa 1 menghadiri kelas tanpa sistem penggiliran.

“Oleh itu, operasi institusi pendidikan di Kedah akan bermula 10 Okt untuk kumpulan pelajar tersebut.

“Pelajar lain akan kekal mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).”

Kementerian itu berkata, institusi pendidikan di negeri lain yang tidak terbabit dalam peralihan fasa hari ini akan meneruskan operasi maing-masing berdasarkan peraturan fasa PPN sedia ada.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.