
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Arshad Abu berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 9.10 pagi semalam daripada pekerja kilang berkenaan, sebelum melakukan siasatan di lokasi kejadian.
“Tiba di tempat kejadian, pihak polis menemui mayat bayi lelaki cukup sifat yang masih bertali pusat di dalam plastik hitam di atas katil asrama berkenaan,” katanya menurut laporan Bernama.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati suspek berusia 28 tahun itu meminta pemandu van kilang untuk membawanya ke klinik panel kilang pada Isnin lalu sekitar 1.30 pagi atas alasan sakit kaki.
“Mengesyaki suspek baharu sahaja lepas keguguran, pihak klinik merujuk wanita tersebut ke Hospital Alor Gajah, sebelum kemudiannya dibawa ke Hospital Melaka.
Susulan itu, suspek ditahan sekitar 12 tengah hari semalam dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, manakala mayat bayi itu dibawa ke Bahagian Forensik hospital sama untuk bedah siasat.
Arshad berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dan pihak polis juga sedang mengesan teman lelaki suspek yang juga merupakan warganegara Nepal untuk membantu siasatan.