
Menterinya, Halimah Sadique, berkata, selain itu, pihaknya juga sedang memuktamadkan Pelan NGO Rakan Perpaduan bagi menyokong pelaksanaan program perpaduan supaya dapat dibudayakan dalam Keluarga Malaysia.
Ketika menggulung perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini, Halimah turut menyuarakan harapan supaya kerajaan melalui Kementerian Kewangan dapat memberi peruntukan yang lebih tinggi bagi melaksanakan program perpaduan.
Beliau turut memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa tidak ada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan atau menggubal akta baharu bagi menjaga hubungan harmoni dalam kalangan rakyat negara ini.
“Dari hari itu, tiap kali mesti ada yang membangkitkan soal penggubalan akta keharmonian. Asyik ini sahaja soalannya dan saya sudah boleh hafal jawapan. Terima kasih Tampin,” kata Halimah menjawab soalan tambahan dikemukakan Ahli Parlimen Tampin, Hasan Bahrom.