Penternak lembu nafi seludup Sajat ke Thailand

Penternak lembu nafi seludup Sajat ke Thailand

Wan Azhar Harun, 51, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar hari ini bersama peguam, menafikan dakwaan dia terlibat menyeludup keluar Nur Sajat.

Seorang lelaki menafikan terbabit menyeludup keluar usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang penternak lembu menafikan dakwaan dia terlibat menyeludup keluar usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat menggunakan laluan kereta api di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar.

Wan Azhar Harun, 51, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar hari ini bersama peguam Zuhair Ahmad Zakuan kira-kira 1 tengah hari sebelum keluar 39 minit kemudian.

Zuhair memaklumkan kepada pemberita bahawa anak guamnya hadir di IPD Kangar bagi membuat penafian terhadap dakwaan aktiviti penyeludupan individu yang bernama Nur Sajat yang ditularkan dan dilaporkan dalam media pada waktu ini.

“Anak guam saya tidak terbabit sama sekali dalam hal ini dan tiada arahan tangkapan dikeluarkan polis untuk menangkap anak guam saya,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Penafian yang dilakukan oleh lelaki berkenaan turut disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Mohd Anuar Jusoh.

Sementara itu Zuhair berkata, setakat ini pihaknya tidak membuat laporan polis ketika hadir membuat penafian itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.