
Beliau berkata, peralihan itu dibuat susulan jumlah kes yang semakin menurun.
“Pengumuman akan dibuat di peringkat negeri dan mana-mana negeri boleh terima secara ‘walk-in’ apabila jumlah kes dapat diurus tanpa kesesakan berlaku di CAC,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (PN-Sabak Bernam) yang memintanya menjelaskan bagaimana pengoperasian CAC sama ada melalui janji temu atau “walk-in”.
Dalam pada itu, Khairy berkata, CAC bukanlah pusat kuarantin atau rawatan, sebaliknya ia adalah pusat untuk membuat penilaian dan mengenal pasti pesakit yang bersesuaian untuk menjalani kuarantin di rumah atau perlu dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan hospital untuk menjalani rawatan.
“Setakat ini CAC telah berjaya mencapai kedua-dua objektif tersebut.
Kita sekarang ini usaha memastikan jumlah kes meninggal sebelum ke hospital dapat dikurangkan,” katanya.
Khairy berkata sehingga kini, jumlah CAC di seluruh negara adalah sebanyak 209 buah dan jumlah itu akan berubah mengikut keadaan semasa.
“Sekiranya bilangan pesakit meningkat di sesebuah lokaliti, maka bilangan CAC yang dibuka akan bertambah.
.
“Bilangan atau kapasiti pesakit yang dinilai di CAC turut bergantung kepada keadaan semasa di dalam daerah tersebut,” katanya.