Rakyat sudah jadi seperti ‘katak bawah tempurung’, Bung gesa kerajaan buka sempadan

Rakyat sudah jadi seperti ‘katak bawah tempurung’, Bung gesa kerajaan buka sempadan

Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata sekiranya tidak berbuat demikian ekonomi rakyat akan terus menderita.

Bung berkata, kerajaan perlu melihat contoh beberapa negara seperti Australia yang mengumumkan akan membuka semua sempadan mereka tanpa kuarantin pada Okt ini.
KUALA LUMPUR:
Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) menggesa kerajaan membuka sempadan negara tanpa perlu kuarantin apabila semua rakyat sama ada warganegara atau bukan warganegara lengkap divaksin.

Beliau berkata ini bagi memastikan ekonomi negara dapat ditingkatkan selepas melihat contoh beberapa negara seperti Australia yang mengumumkan akan membuka semua sempadan mereka tanpa kuarantin pada Okt ini.

“Jadi saya ingin bertanya dengan kerajaan Malaysia, apakah kita akan terus berkurung seperti katak di bawah tempurung?

“Ataupun kita juga akan mengikuti langkah-langkah negara yang mengisytiharkan untuk membuka sempadan mereka,” katanya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Bung berkata, sekiranya tidak berbuat demikian ekonomi rakyat akan terus menderita.

“Rakyat juga sudah hilang pekerjaan. Sebab itu pengangguran meningkat dan peluang pekerjaan tidak ada.

“Macam mana nak ada peluang pekerjaan kalau semua tak boleh. Kita terlampau ketakutan dengan serangan Covid-19. Sepatutnya kena ikhtiar dan SOP kena keras sikit.

“Tak perlu kunci diri kita dalam satu sangkar yang boleh memisahkan kita dengan dunia luar,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.