
Mangsa yang maut dikenali sebagai Kamarul Najmi Abdullah, 24, dari Taman Sri Putra, Banting.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Ramli Kasa, pemandu lori jenis Nissan UD yang membawa muatan ayam itu, Saihol Ihsan Rapsidi, 36, tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sempat menyelamatkan diri dalam kejadian berkenaan.
“Berdasarkan siasatan awal, lori itu terbabas sebelum terjunam ke dalam parit sebelah kiri jalan.
“Pemandu lori sempat menyelamatkan diri, manakala kelindannya pula dipercayai tersepit dan lemas,” katanya dalam kenyataan, menurut laporan Berita Harian.
Katanya, mayat mangsa berjaya dikeluarkan oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira jam 11.45 malam.
“Mayat kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tanjung Karang (HTK) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.