Sajat dikehendaki bantu siasatan kekerasan jenayah, halang penjawat awam

Sajat dikehendaki bantu siasatan kekerasan jenayah, halang penjawat awam

Bukit Aman dalam proses membawa Nur Sajat pulang ke Malaysia.

Polis berkata, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman didenda di mahkamah Thailand pada 9 Sept atas kesalahan imigresen.
PETALING JAYA:
Bukit Aman mengesahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat dikehendaki polis bagi membantu siasatan termasuk melibatkan kekerasan jenayah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata, Sajat, yang melarikan diri ke Thailand, ditahan pihak imigresen negara itu pada 8 Sept.

“Suspek turut dikehendaki di Malaysia…di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 353 kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

“Usaha untuk membawa pulang suspek giat dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Sajat telah dihadapkan ke mahkamah di Thailand pada 9 Sept atas kesalahan imigresen dan dikenakan hukuman denda.

Terdahulu, media melaporkan Sajat ditahan imigresen Thailand pada 8 Sept lalu ketika berlindung di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki warga Thailand yang juga berperwatakan wanita.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.