Naib Ketua Umno Bahagian Shah Alam meninggal dunia

Naib Ketua Umno Bahagian Shah Alam meninggal dunia

Wan Indera Putra Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.30 pagi tadi kerana komplikasi jantung.

Wan Indera Putra Ahmad dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman Kampung Melayu Subang sebelum waktu Asar tadi. (Gambar Facebook)
SHAH ALAM:
Naib Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Wan Indera Putra Ahmad menghembuskan nafas terakhir di kediamannya, dekat sini, pada jam 5.30 pagi tadi kerana komplikasi jantung yang dialami sejak empat tahun lepas.

Ketua Penerangan Pemuda Umno bahagian berkenaan, Mohd Fahmy Zakariah berkata Allahyarham, 49, meninggalkan seorang isteri, Hawa Omar, 63, serta seorang anak, Wan Natasha Farhana, 17.

Mohd Fahmy berkata jenazah Allahyarham dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, pagi tadi untuk diperiksa.

“Jenazah kemudiannya dimandi, dikafan sebelum disembahyangkan di Surau Al Abrar Denai Alam,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman Kampung Melayu Subang sebelum waktu Asar tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.