
Menerusi catatatn di laman Twitter, beliau yakin perjanjian kerjasama itu mampu meningkatkan pengeluaran susu tempatan bagi memenuhi keperluan susu segar di negara ini.
“Saya yakin projek yang dijangka siap pada 2023 ini mampu meningkatkan pengeluaran susu tempatan memenuhi keperluan susu segar negara,” katanya.
Hasni berkata, semalam beliau turut mengikuti satu taklimat mengenai agrofood@ECER dan Pembangunan Mampan di kepulauan ECER yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Baidzawi Che Mat.
Turut hadir pada majlis berkenaan, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri.
Selain JDV, satu lagi projek yang dibangunkan menerusi ECERDC ialah Taman Pemprosesan Ikan Endau-Mersing yang dijangka memberikan nafas baharu terhadap sektor perikanan Mersing.
Projek ini dijangka siap pada Mac 2022 dan akan dibangunkan di atas tanah seluas 1.14ha yang dimiliki oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Endau.