Stok lesen cukup sampai hujung tahun, kata JPJ

Stok lesen cukup sampai hujung tahun, kata JPJ

JPJ berkata, stok dokumen terkawal yang dimiliki PUSPAKOM, Pos Malaysia dan MyEG itu turut mampu memenuhi kehendak seluruh pelanggan.

JPJ berkata, sehingga semalam baki stok dokumen terkawal didapati masih mencukupi bagi tujuan menampung keperluan urusan pembaharuan atau transaksi LKM dan LMM.
PETALING JAYA:
Pembekalan dan pengedaran stok dokumen terkawal, iaitu Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta baki stok yang dimiliki oleh rakan strategiknya adalah mencukupi, kata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JPJ dalam kenyataan malam tadi berkata, stok dokumen terkawal yang dimiliki PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM), Pos Malaysia dan MY EG Services Bhd (MyEG) turut mampu memenuhi kehendak seluruh pelanggan untuk tempoh sehingga 31 Dis ini.

Menurut kenyataan itu, sepanjang Ogos lalu JPJ membekalkan sejumlah stok dokumen terkawal yang mencukupi kepada semua rakan strategik JPJ termasuk 450,000 stok LKM Motokar dan 8,400 stok LKM Motosikal serta 6,600 stok LMM diberikan kepada MyEG.

“Pos Malaysia pula menerima 385,000 stok LKM Motokar, 287,999 LKM Motosikal dan 300,000 LMM, manakala PUSPAKOM diberikan 5,500 stok LKM Motokar,” menurut kenyataan itu.

JPJ berkata, sehingga semalam baki stok dokumen terkawal didapati masih mencukupi bagi tujuan menampung keperluan urusan pembaharuan atau transaksi LKM dan LMM, di semua lokasi premis rakan-rakan strategik JPJ tersebut.

Kenyataan itu memaklumkan, di MyEG masih terdapat 100,827 stok LKM Motokar, 10,843 LKM Motosikal dan 26,648 LMM, manakala Pos Malaysia pula 365,518 LKM Motokar, 142,871 LKM Motosikal dan 789,274 LMM, dan PUSPAKOM 11,950 LKM Motokar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.