Tapak pembalakan di sebelah Hutan Simpan Lentang diarah henti operasi

Tapak pembalakan di sebelah Hutan Simpan Lentang diarah henti operasi

Kawasan itu yang terletak di atas Lebuhraya Karak itu mempunyai sejarah tanah runtuh dan laluan melintasi Hutan Simpan Lentang.

Pandangan udara tapak pembalakan yang diambil sealam dengan Lebuhraya Karak di sebelah kanan. (Gambar PEKA)
PETALING JAYA:
Jabatan Perhutanan Pahang hari ini mengarahkan operasi pembalakan di sebuah lokasi bersebelahan Hutan Simpan Lentang di Bentong dihentikan kerana “kepentingan awam” dan faktor lain.

Shariffa Sabrina Syed Akil, yang mengetuai Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), memberitahu FMT tanah runtuh pernah berlaku di kawasan atas bukit di atas Lebuhraya Karak itu.

Beliau turut mendapat beberapa gegaran dicatatkan di kawasan terbabit, yang berada di sepanjang garis sesar.

Dalam surat Pengarah Perhutanan Pahang, Mohd Hizamri Mohd Yasin kepada pemilik tanah itu, semua permit dan lesen berkaitan yang diperlukan untuk membalak di kawasan seluas 3.59ha itu dibatalkan hari ini.

Terdapat juga laluan ke tapak itu yang melintasi hutan simpan berkenaan.

Dalam surat yang dilihat FMT, Hizamri berkata, pemilik tanah tidak dibenarkan mengangkut timbunan balak di kawasan itu dan perlu memastikan laluan ke tapak terbabit dibersihkan supaya tidak menyebabkan pencemaran atau kejadian lain yang tidak diingini.

Pandangan dekat tapak pembalakan yang diambil semalam. (Gambar PEKA)

Shariffa mendapati kawasan itu “mudah terjejas” dan pembalakan “sangat berbahaya”.

“Pertama, bagaimana pemilik tanah mendapat geran tanah di tengah-tengah hutan simpan?

“Bagaimana anda boleh memberikan kebenaran kepada orang untuk masuk ke sana dan membuat jalan?” soalnya.

Seorang pegawai dari Jabatan Perhutanan Pahang ketika dihubungi FMT mengesahkan kawasan pembalakan itu adalah tanah persendirian, tetapi jalan menuju ke tapak terbabit sebahagian daripada Hutan Simpan Lentang.

Video penemuan tapak pembalakan itu baru-baru ini tular di media sosial dan antara mereka yang melawat kawasan itu hujung minggu lalu termasuk ADUN Ketari, Young Syefura Othman.

Bercakap kepada FMT, beliau mendapati Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, menekankan keperluan untuk negeri itu mengamalkan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) ketika perasmian Dewan Undangan Negeri pada bulan lalu.

“Saya benar-benar berharap kerajaan negeri mengambil serius cadangan Tuanku dan menilai semula SOP diperlukan untuk memelihara kelestarian alam sekitar, khasnya hutan simpan di Pahang.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.