Tuduhan Kelantan pajak hutan hanya khabar angin, kata Tuan Ibrahim

Tuduhan Kelantan pajak hutan hanya khabar angin, kata Tuan Ibrahim

Timbalan presiden PAS berkata dakwaan itu tidak benar kerana dibuat tanpa sebarang data.

HUTAN KL
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata segala aktiviti termasuk pembalakan di Kelantan mematuhi peraturan yang ditetapkan dan had penebangan. (Gambar Bernama)
GUA MUSANG:
Tuduhan kononnya kerajaan Kelantan yang diterajui PAS memajak tanah hutan termasuk kawasan pembalakan kepada syarikat Cina adalah tidak benar dan dibuat tanpa asas, kata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim berkata tuduhan itu yang dibuat oleh seorang aktivis adalah berat kerana dibuat tanpa sebarang data yang kukuh dan hanya bersifat khabar angin.

“Saya nak jelaskan bahawa kenyataan Kelantan beri pajakan kepada pihak asing adalah tak betul melainkan mereka bawa data.

“Tuduhan ini dibuat lebih kepada khabar angin sahaja tak boleh jadi asas, sebab dakwaan ini serius,” katanya semasa sidang media Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beberapa lot tanah di Kelantan diserahkan kepada seorang ahli perniagaan Cina termasuk membabitkan aktiviti pembalakan.

Tuan Ibrahim juga berkata, segala aktiviti termasuk pembalakan di negeri itu mematuhi peraturan malah kerajaan negeri turut menerima sijil pematuhan had penebangan.

“Kalau lihat laporan pembalakan di semua negeri, Kelantan antara yang mematuhi hak penebangan yang dibenarkan.

“… ia termasuk projek-projek yang diluluskan, jadi proses yang berjalan memang kita akui dapat anugerah sijil pematuhan had penebangan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.