
Ketua Polis Negeri Sembilan, Mohamad Mat Yusop berkata Ramlan menerima rawatan di HTJ selepas dijangkiti Covid-19 pada 8 Ogos lalu dan disahkan negatif sebelum meninggal dunia.
“Kesan akibat Covid-19 menyebabkan organ dalaman Allahyarham tidak dapat berfungsi dengan baik,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata pemergian Ramlan adalah kehilangan besar buat warga polis di negeri itu terutama JSJ IPK Negeri Sembilan.
Mohamad menyifatkan Ramlan seorang yang berhati lembut tetapi tegas serta berpengalaman luas dalam bidang siasatan jenayah.
Beliau berkata pegawainya itu berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih 30 tahun dan bakal bersara pada 9 Okt ini.
Katanya jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang kira-kira jam 11 pagi tadi dan meninggalkan seorang balu, Noor As Azura Md Aris dan 10 orang anak.