Perubahan budaya politik harus bermula dengan pengundi, kata penganalisis

Perubahan budaya politik harus bermula dengan pengundi, kata penganalisis

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata perilaku seseorang ahli politik sering ditentukan oleh kepercayaan mereka yang membawa suara akar umbi.

Penganalisis berkata, budaya politik semasa diamalkan sejak dulu lagi dengan ahli politik yang berkuasa sering melihat pembangkang sebagai musuh.
PETALING JAYA:
Pengundi perlu memainkan peranan besar bagi membolehkan ahli politik melakukan perubahan yang diperlukan terhadap budaya politik di Malaysia, kata penganalisis.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, perilaku seseorang ahli politik sering ditentukan oleh kepercayaan bahawa mereka yang membawa suara akar umbi.

Dia berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia yang mengatakan pembaharuan sebenar tidak boleh dicapai selagi politik dianggap sebagai gelanggang untuk pihak yang menang dan kalah.

Pandikar membuat kenyataan itu dalam satu forum secara maya, Selasa lalu.

Oh Ei Sun.

“Ahli-ahli politik hanyalah cerminan kepada apa yang kita kehendaki. Mereka memanfaatkan persepsi dan budaya kita sendiri sebagai pengundi,” katanya kepada FMT.

“Jadi jika kita sebagai pengundi ingin melihat lebih banyak budaya politik yang berdiri atas kesepakatan, maka ia perlu ditunjukkan kepada ahli-ahli politik ini.”

Bagaimanapun Oh berkata, perubahan dalam institusi untuk mengurangkan keutamaan mahu menang dilihat sebagai perkara yang rumit.

Katanya, perubahan mungkin diperlukan untuk meningkatkan lagi kerjasama secara bipartisan tetapi ia sememangnya perlu dimulakan dengan kerjasama itu sendiri.

“Ini umpama situasi ‘ayam dan telur’,” katanya.

Azmi Hassan.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia Azmi Hassan berkata, budaya politik semasa diamalkan sejak dulu lagi dengan ahli politik yang berkuasa sering melihat pembangkang sebagai musuh mereka.

“Mungkin sehingga satu tahap, ia adalah kesalahan pembangkang sendiri. Mereka hanya mengkritik, bukannya cuba memperbaiki dasar,” katanya.

Azmi berkata, pengundi harus menunjukkan keinginan mereka berhubung integriti, tatacara yang baik dan kerjasama selain peranan media.

“Peranan media amat kritikal dalam mengutarakan ketidakpuashatian rakyat terhadap budaya semasa yang menyaksikan ‘ideologi’ boleh berubah secara tiba-tiba,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.