PKS ‘habis’ jika ekonomi tak buka sepenuhnya Oktober, kata Guan Eng

PKS ‘habis’ jika ekonomi tak buka sepenuhnya Oktober, kata Guan Eng

Setiausaha Agung DAP itu berkata, masa semakin suntuk untuk kira-kira 580,000 PKS di negara ini.

Lim Guan Eng berkata, perusahaan kecil dan sederhana tidak mungkin dapat dibuka sepenuhnya sebelum Oktober memandangkan kes jangkitan dan kematian Covid-19 yang tinggi.
PETALING JAYA:
Masa semakin suntuk untuk kira-kira 580,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang berdepan kemungkinan gulung tikar sekiranya ekonomi tidak dibuka sepenuhnya sebelum bulan depan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Lim berkata, penilaiannya berdasarkan kenyataan bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengatakan PKS mengalami kerugian 40.7 bilion tahun lalu, dengan 580,000 yang mewakili 49% sektor berkenaan berdepan risiko gulung tikar.

“Dengan bilangan kematian dan jangkitan harian yang masih tinggi, wujud keraguan sama ada ekonomi boleh dibuka sepenuhnya menjelang Oktober,” kata Lim dalam kenyataan.

Semalam sebanyak 330 kematian dan 19,378 jangkitan baharu direkodkan.

Lim berkata sekitar sejuta PKS yang mempunyai lebih 7.3 juta pekerja, dijangka beroperasi pada 2020. Bilangan itu mewakili 48% tenaga kerja.

Lim menambah, Jabatan Perangkaan tahun lalu melaporkan kurang keyakinan perniagaan pada suku ketiga tahun ini.

“Ini anggaran paling pesimistik sejak suku kedua 2020,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.