
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Abdul Jalil Hassan, berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1 tengah hari.
“Empat suspek dipercayai dari negara Amerika Latin itu dikejar anggota polis selepas menyamun individu di luar bank berkenaan.
“Suspek dipercayai memancitkan tayar kereta mangsa ketika mangsa sedang mengeluarkan wang tunai sebanyak RM150,000 di bank terbabit,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Jalil berkata, susulan itu anggota polis mengejar kenderaan dinaiki empat suspek terbabit termasuk dua wanita, dari kawasan bank hingga ke Jalan Berhala, Brickfields.
“Dalam kejadian itu, anggota melepaskan tembakan dalam usaha menghalang suspek melarikan diri, menyebabkan seorang daripada mereka cedera.
“Semua suspek berjaya ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. Kami berjaya merampas wang RM150,000 yang disamun suspek berkenaan,” katanya.