
Lelaki berusia 18 tahun itu membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya di depan Majistret Nik Fadli Nik Azlan, lapor Sinar Harian.
Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun di Jalan Sungai Tua, Batu Caves, Selayang, pada 6.20 petang, 20 Ogos lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376(1) kanun sama.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan meraba dada dan kemaluan kanak-kanak sama pada tarikh, masa dan lokasi sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin RM8,000 bagi kedua-dua pertuduhan.