
Jurucakap Jabatan Bomba Negeri Sembilan memaklumkan pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian membabitkan mangsa berusia 32 tahun itu pada 11.33 malam.
“Kebakaran melibatkan rumah teres berkeluasan 20×65 kaki persegi yang musnah sepenuhnya. Mangsa ditemukan rentung dalam bilik utama,” katanya dalam kenyataan lapor Bernama.
Sementara itu, Adun Nilai J Arul Kumar berkata ketika kejadian mangsa yang menghidap strok dan lumpuh separuh badan itu dipercayai sedang tidur manakala adik lelakinya tidak berada di rumah.
Katanya, jiran mendengar suara mangsa memnta tolong tetapi orang ramai tidak tidak dapat masuk untuk menyelamatkannya kerana api sedang marak dan pintu rumah pula tertutup.