
Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam kenyataan berkata, baginda difahamkan 268 guru sekolah rendah dan 182 guru sekolah menengah enggan divaksin.
“Perkara ini perlu diambil perhatian oleh pihak-pihak yang berwajib,” katanya.
Sementara itu, Istana Selangor turut menerima laporan 95 guru KAFA enggan divaksin, begitu juga 11 pegawai masjid dan enam jurunikah.
“Kepada guru-guru KAFA yang masih berdegil ini, mereka berdepan kemungkinan tidak dibenarkan meneruskan tugas. Begitu juga -pegawai masjid dan jurunikah yang enggan divaksin, mereka juga berhadapan tindakan sama,” katanya.
Dalam pada itu, Sultan Selangor berkata, laporan Jabatan Agama Islam Selangor menunjukkan ratusan guru KAFA, pegawai masjid dan jurunikah di bawah pentadbiran JAIS belum divaksin, oleh itu baginda mahu pihak berkuasa menyegerakan proses vaksinasi golongan tersebut.
Menurut laporan, 326 guru KAFA belum menerima suntikan mereka, begitu juga 59 pegawai masjid dan sembilan jurunikah.