Lebih 15 juta populasi dewasa lengkap 2 dos vaksin, kata JKJAV

Lebih 15 juta populasi dewasa lengkap 2 dos vaksin, kata JKJAV

JKJAV berkata jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam adalah sebanyak 34,752,340 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb bagi menggerakkan negara ke arah mencapai matlamat imuniti kelompok Covid-19.
PETALING JAYA:
Sebanyak 64.2%, atau 15,032,301 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Menerusi perkongsian infografik di Twitter, JKJAV memaklumkan, penerima dos pertama pula adalah sebanyak 84.3%, atau 19,741,754 individu.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam adalah sebanyak 34,752,340 dos.

Labuan terus merekodkan jumlah pemberian dos vaksin tertinggi dengan 94%, atau 64,415 orang daripada populasinya lengkap dua dos vaksin.

Ini diikuti Lembah Klang dengan 92.4% (5,698,302), Sarawak 87.1% (1,778,498) dan Negeri Sembilan 78.8% (642,142), sementara Sabah kekal negeri paling rendah menerima suntikan vaksin, iaitu 40% (1,102,420) selain Kelantan 45.3% (559,694).

Sementara itu, jumlah pemberian vaksinasi harian semalam adalah sebanyak 261,768 dos membabitkan 115,473 dos pertama dan 146,295 dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb bagi menggerakkan negara ke arah mencapai matlamat imuniti kelompok Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.