
Malah beliau mengingatkan rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dan tidak menganggap Hari Kebangsaan sekadar hiburan semata-mata.
“Saya menyeru kepada rakyat khususnya di negeri Kelantan untuk segera mendaftarkan diri bagi mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran melalui aplikasi MySejahtera atau secara ‘walk in’ bagi mengurangkan kadar jangkitan
“Sambutan hari kebangsaan bukan sekadar hari untuk kita bersuka-suka semata-mata tetapi untuk kita menghayati dan mengenal akan erti kemerdekaan, bahawa kemerdekaan bukanlah sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah,” katanya.
Sehingga 30 Ogos ini, bagi kadar vaksinasi Covid-19 populasi dewasa, Kelantan telah mencapai 61.8% untuk dos pertama dan 45.2% bagi dua dos.
Tengku Muhammad Fa-iz berkata demikian dalam program ‘Harapan Diraja Pewaris Negara Merdeka’ secara dalam talian malam ini, menghimpunkan Putera raja dari lima negeri buat julung kalinya bagi menzahirkan harapan.
Acara disiarkan secara langsung menerusi Facebook Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selama 40 minit melalui saluran Suara Sunnah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) serta di saluran YouTube Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Perlis.
Ia dimulakan dengan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz yang menzahirkan harapan supaya masyarakat Malaysia menekankan kepentingan lima prinsip Rukun Negara demi satu perpaduan.
Tiga putera lain adalah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Shah Alhaj dan Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Tengku Muhammad Ismail berharap seluruh rakyat menjalani kehidupan harmoni bersama, manakala Tuanku Syed Faizuddin Putra pula meminta rakyat menghayati Rukun Negara, memerdekakan diri daripada unsur negatif, selain memastikan remaja sebagai pewaris negara tidak tercicir dan bebas najis dadah.